Saturday, June 2, 2012

nikmat hidayah


Bismillahirrahmanirrahim. Moga Allah memberkati entry aku kali ini. :)

Betul kata orang, setiap yang berlaku di dunia ini walau sekecil zarah pun, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Berserah pada kita sahaja sebagai manusia untuk memerhatikan kebesaran Allah yang satu ini. Mungkin dengan peristiwa tersebut telah menyentakkan jiwa dan perasaan aku, sekaligus terdetik untuk melakukan perubahan. Alhamdulillah hidayah Allah itu sungguh besar nikmatnya, ianya perlu dicari dan bukan hanya ditunggu. Seperti menunggu pokok yang tidak berbuah. Masakan hendak menunggu sahaja andai diri tidak melakukan sebarang usaha untuk pokok itu agar ia berbuah. ^___^

Kini aku semakin tenang dengan imej yang baru, terasa bagai semakin dekat pada Allah. semakin terasa banyak dosa yang terpalit pada diri ini, semakin dekat juga maut datang menghampiri. Aku amat bersyukur atas nikmat Allah kurniakan padaku. Gesaan lembut ini memang menyedarkan aku, selama ini Allah menjaga aku, memelihara aku, memerhatikan aku, memberi segalanya cukup serba serbi, haruskah aku menjadi hambaNya yang tidak tahu bersyukur? ini semua juga atas doa-doa orang yang hampir denganku. doa ummi yang ingin melihat anaknya menjadi seorang muslimah dan wanita yang solehah, insyaALLAH. doa sahabat-sahabat yang hadir tanpa dipinta, menginginkan aku bersama-sama seiring dan sejalan bersama mereka untuk menyebarkan dakwah. Betapa aku bersyukur bersyukur dan sangat bersyukur! yaAllah, sifat al-Wadood yang Kau miliki memang telah menginsafkan aku. dan aku sebagai hambaMu seharusnya meletakkan Kau sebagai pemilik cintaku yang pertama :')

Dekatkanlah diri padaNya insyaAllah ketenangan yang anda cari selama ini akan anda rasai dan perolehi. Percayalah dunia ini memang bersifat sementara. Kita umat akhir zaman. Tanda-tanda kiamat juga semakin banyak dilihat. Tidakkah kita menjadi orang yang berfikir? 

Setiap orang mempunyai keinginan untuk berubah menjadi lebih baik. Itu adalah satu fitrah. Apabila kita mempunyai kesedaran itu, believe me Allah itu Maha Penyayang, Dia takkan biar hambaNya terkontang-kanting tanpa panduan. Dia akan datangkan segala jawapan kepada pertanyaan kita dalam pelbagai cara. Mungkin akan didatangkan sahabah untuk menegur, murabbi untuk mendidik dan jugaa suami untuk membimbing. dan kadang-kadang kita takkan terfikir cara yang Allah datangkan pada kita. 

"And He found you lost, and guided you" [93:7] 

Kini aku perlu bergerak seiring dengan Islam yang aku bawa. Aku harus memberi contoh yang terbaik yang dimiliki oleh seorang yang mengimani bahawa Allah Tuhanku yang Esa. Aku harus mengimbangi dunia dan akhirat. Kerana banyak lagi onak duri yang bakal aku tempuh. banyak lagi ruang-ruang kosong yang harus aku isi. banyak lagi yang harus aku lakukan untuk Islam selagi nyawa dikandung badan. InsyaALLAH, bersama-sama bergerak demi Islam. 

#Bersyukur dilahirkan dalam Islam#



No comments: