Assalamualaikum.
sumber : facebook
malas nak tunggu Wordless Wednesday, baik post skrg sementara freee lagi :)
Bagaimana cara mengadu dan pada siapa?
#1: ALLAH
Yes, ALLAH yang utama. tempat kita mengadu, tempat kita meluahkan perasaan, tempat kita mengucapkan syukur, tempat kita menumpang kasih dan tempat kita untuk segala-galanya kerana Dia adalah Tuhan kita. Allah Yang Maha Mendengar, Allah Yang Maha Penyayang, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, ALLAH Yang Maha ESA. Segala apa yang berlaku hanya Allah yang mengetahui kerana Allah yang meciptakanku, Allah jua yang mengetahui apa yang bergelodak di jiwaku, apa yang bermain difikiranku dan sudah tentu Allah yang lebih mengenali diriku berbanding diriku sendiri. Kerana itulah Allah tahu apa yang terbaik buatku lantas Dia yang mengatur hidupku dari aku dilahirkan sehingga aku dikebumikan. :')
#2: BLOG
Di sini lah medan untukku kongsikan apa jua yang ku rasakan, apa jua yang ku lalui. walaupun tidak semua tapi at least ada untuk ku bercerita sedikit sebyk melepaskan rasa yang hadir dan juga untuk menjadi kenangan atau moment yang terindah dan akan sentiasa diingati. Pernah tak kalau korg buat diary, bila baca balik dalam hati mesti terdetik, ' oh, rupanya mcm ni aku dulu ' atau ' oh adakah aku macam ni dulu? ' atau ' ohh aku sgt comel la dulu '. muahaha. :P
#3: SAHABAT / KAWAN-KAWAN
Emm, sahabat dunia akhirat itu yang ku mahukan. mahu bersama-sama melangkahi ke syurga abadi. aminn, hehe. lepas berblog, baru aku akan bercerita sama itu kawan-kawan atau yang lebih tepat lagi, sahabat. Kekadang sahabat dulu, baru berblog. yelaaa, excited punya pasal nak bercerita kannn, sampai tak sempat menghadap laptop. Lagipun, berblog ni kena nak fikir dulu, apa yang kena taip, nak arrange ayat lagi, nak bagi cantik sama itu ayat kann.. pasal itu lah kadang2 itu blog turun sama stage 3, :D
#4: PARENT / SEDARA-MARA
Mesti korg pelik kan? kenapa parent turun stage 4? bukan selalu parents kena stage 2 ke? ko ni anak tak kenang budi ke haa? no no dont be emosional k. i am not saying that parent aren't important but somehow, we are spend a lot of time with our friends. Thats why kalau kita tanya kat sesapa pun laaa, contohnya, " pelajar-pelajar sekalian, sila nyatakan faktor2 yang menyebabkan gejala sosial? ". so what are you thinking in your mind? surely, i cakap mesti akan ada yang sebut, " yahh! definitely because of influenced by friends laa prof ". dan thats why jugalah, di atas kesedaran ini, kita digalakkan berhati-hati memilih kawan. pilihlah yang boleh membawa kita ke jalan yang lurus. ihdina sirotul mustaqimmm. :) jadi, anis mohon maaf sgt kalau umi baca post ini, bukan sebab taknak share sebarang mslh atau kegembiraan. anis share tapi kekadang anis lewat ja nak share. lagipun anis tahu banyak lg benda yang umi nak kena fikirkan so that why anis kekadang taknak share. (Jgn salah faham, bukan nak buat ayat tacing pon. that's truly i told you.)
So, kalau korg perasan, bagaimana kita berhubung pon sebenarnya mempengaruhi kita.
#1: ALLAH
Sesungguhnya ALLAH berada sangat dekat dengan kita. Allah berfirman di dalam al-Quran:
"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri."
[Qaf, 50:16]
Jadi, amat mudah sebenarnya, tiada kos tiada perantaraan, tiada medium. SubhanaALLAH, betapa Allah sangat menyayangi kita. memberi kita sumber kekuatan untuk terus menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
#2: BLOG
Dah nama pon blog, kenalah menaip, ye idok? menggunakan medium alam maya sebagai perantaraan. nak update selalu, kenalah ada internet. itu yang kekadang payah sikit.
#3: SAHABAT / KAWAN-KAWAN
Sahabat ini sentiasa berada di sisi. Ada juga yang jauh itu, kena jugalah guna medium seperti hantar surat ke, guna burung merpati ke, :D takyah la kuno sgt kannn. gunakanlah kemudahan yang ada skrg ni sebaiknya. sekarang ini mudah je, semuanya depan mata. kau nak guna apa? handset boleh call, msg, kalau yang canggih itu, boleh tweet2, chat kat fb, buat video call.. sudah banyak sgt kemudahan yang ada..
#4: PARENT / SEDARA MARA
Kalau parent atau sedara mara pulak, semua di atas boleh diaplikasikan. tapi aku lebih senang memilih untuk call sahaja. sepupu sepapat pon kekadang msg banyak dari call laa. hehe. why i just choose calling rather than others? Because call je mudah bagi aku, tekan2 num pastu call jela. :P But lagi satu benda aku nak habaq mai, kita selalunya lebih cenderung untuk rapat dengan mak berbanding ayah. why eh? mungkin sbb ayah tegas kot, :D
ok, hanya sedikit perkongsian yang begitu tak seberapa. selamat malam! ^^,
assalamualaikum.
AS: hari ini tak dapat task pape lagi, so that's why macam free ja and boleh buat entry hari2. hahha

1 comment:
setuju sangat!!
Post a Comment