Friday, August 19, 2011

Rasa Suka Datang dan Pergi.


Ok. malam malam cenggini merapu pulak. "-_-. Tapi i really take serious wif my statement. Kadang-kadang pelik kan, rasa suka, sayang, cinta akan hadir dalam hidup setiap insan. Rasa yang hadir sesama manusia yang berlainan jantina. Tapi kenapa dihadirkan andainya satu hari nanti salah seorang mereka akan kecewa? Yah! Allah itu jua yang Maha Mengetahui. tak semua akan dapat apa yang mereka suka, dan tak semua yang mereka tak suka mereka takkan dapat. Tapi percayalah! Setiap sesuatu ada reason disebaliknya, hanya Allah jua yang mengetahui. Mungkin shj akan datang yang lebh baik untuk kita? Siapa tahu kan... :) Dan aku berpegang pada kata-kata ni, "Bila kehendak kita untuk berubah menjadi lebih baik, Insyaallah akan didatangkan orang yang baik-baik untuk berdamping dengan kita". :)
Aku mohon, aku pinta agar rasa ini semakin hilang dan pergi jauh. Moga dia bahagia disamping yang tersayang. :) Full stop! Mungkin rasa ni takkan ku biar lagi mendekati. HAHA *gelak amat jahat disitu* 

P/S: Janganlah Kau biarkan aku dilekakan dengan keseronokan dunia. Jauhkanlah aku dari fitnah dunia Ya Allah. ^^

Friday, August 5, 2011

Qiamullail~

Assalamualaikum w.b.t dan semoga kita sntiasa di bawah naunganNya :)

Bercerita tentang bangun malam (Qiamullail), kekadang hati tergerak untuk melakukan, tapi mata dan jasad tidak mengizinkan.. dek kerana terlalu hanyut dengan keenakan tidur melebihi segala-galanya. Dan ini jugalah yang banyak dialami oleh segelintir daripada kita. InsyaAllah hari ini saya cuba singkapkan cara mudah untuk bangun malam :)

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Adab-adab berqiamullail
  1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi,  memandang langit dan membaca surah Ali Imran ayat 190-200. Ini disebut dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
  2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua solat ringan. Aisyah berkata : Rasulullah S.A.W apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda akan membuka solat dengan dua solat ringan (Hadis Riwayat Muslim)
  3. Disunat solat malam dengan memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dengan solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata :  Nabi S.A.W sembahyang malam dua rakaat dan melakukan solat witir satu rakaat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  4. Solat malam sebelas rakaat. Aisyah berkata : Nabi S.A.W tidak pernah solat malam pada bulan Ramadhan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam. Rasulullah S.A.W ditanya solat yang paling afdal, baginda menjawab "Panjang berdiri". (Hadis Riwayat Muslim)
  6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah : " Dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam solatdan janganlah (pula) merendahkannya dan usahakan jalan tengah di antara kedua itu" (Surah Al-Isra' :110)
  7. Disunatkan berbaring apabila terasa mengantuk ketika solat malam. Nabi S.A.W bersabda : Apabila sesorang itu merasa mengantuk dalam solatnya, hendaklah ia berbaring sehinggalah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya orang sedang mengantuk hendak beristighfar, tetapi memaki dirinya sendiri". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
  8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam. 
  9. Solat malamlah dengan istiqamah walaupun sedikit. Apa yang disebut disini adalah yang sempurna. Kalau tidak mampu, buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi S.A.W ditanya tentang amalan yang paling disukai oleh Allah, maka baginda menjawab : "Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  10. Disunatkan memperbanyakkan istighfar dan doa. Firman Allah : "Dan orang-orang yang beristighfar pada waktu sahur" (Surah Ali Imran : 17). Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesungguhnya Allah akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Siapa yang berdoa akanKu perkenankan. Siapa yang meminta akanKu berikan dan siapa yang beristighfar akanKu ampunkan. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  11. Seeloknya sesorang itu berniat sungguh untuk qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam walaupun tidak bangun. Sabda Rasulullah S.A.W : " Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun malam, tetapi tidurnya terlajak hingga ke subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan. Tidurnya itu adalah sedekah dari Tuhannya. (Hadis Riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah)
  12. Disunat menqada solat malam yang tertinggal. Baginda bersabda : "Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya di antara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah-olah dia melakukannya pada waktu malam. (Hadis Riwayat Imam Muslim)
  13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam jumaat sahaja.
  14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s.
  15. Cara nak bangun awal pada waktu tertentu hendaklah membaca surah akhir Kahfi dan niat beserta mohon pada Allah untuk bangun pada waktu tertentu, InsyaAllah akan terjaga.
Amalan-amalan Sunat ketika Qiamullail

-Solat sunat tahajjud

 ”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat         tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat   yang terpuji.” ( Surah Al-Isra’ : 79)
  ”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam” (Hadis Riwayat Muslim)
-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
-Solat witir
-Berzikir, bertasbih dan bertahmid
-Membaca al-Quran
-Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Moga dengan sedikit perkongsian ini memberi seribu kebaikan pada diri kita serta dipermudahkan untuk mengerjakan qiamullail, InsyaAllah :) 

Monday, August 1, 2011

Day 1 # Ramadhan : My Wishlist

ASSALAMUALAIKUM dan selamat menjalani ibadah puasa yang pertama pada hari ini. :)

Memang seronok kan bila kita puasa, kita menikmati betul-betul puasa tu. Puasa tahun ni pun aku nak cuba menikmatinya sebaik mungkin disamping amalan-amalan yang boleh menambahkan pahala dan ganjaran di bulan Ramadhan ni. and also, i'm doing my wishlist, insyaAllah i will try my best ever to do it.

MY WISHLIST RAMADHAN 2011

  1. puasa penuh mana yang termampu :p
  2. khatam Al-Quran (30 juzuk)
  3. Qiamullail (terutama malam Lailatul Qadar)
  4. Berzikir, beristighfar 
  5. Solat maghrib, isyak, tarawih berjemaah
  6. Bersedekah dari segi wang mahupun tenaga
  7. Jadi anak yang baik (mendengar kata)
  8. Belajar untuk sentiasa bersabar dlm apa jua keadaan
Bila tibanya bulan Ramadhan, kita saling ingat mengingati, nasihat menasihati supaya mempertingkatkan lagi amalan kita di bulan barakah ini. Teringat lagi kata-kata ustaz jemputan di MHI hari tu,
Sesungguhnya amalan sunat di bulan Ramadhan menyamai amalan wajib, dan amalan wajib akan dikurniakan pahala 70 kali ganda. Masya Allah!
Amat rugi kalau kita lepaskan tawaran ni. Ianya umpama sale-sale hebat yang ada di kedai2 kain baju bila nak menghampiri HariRaya Aidilfitri, cuma terpulang pada kita2 je samaada nak rebut peluang ataupun lepaskan. Marilah kita cuba untuk melunaskan kata-kata yang kita ucapkan, insyaAllah kita lakukan. Berdoalah agar usia kita dipanjangkan agar Ramadhan kali ini kita lalui dengan penuh kenikmatan yang tak terhingga. InsyaAllah :) Moga jua hajatku ini tercapai dengan segala kehendakNya. ameen :)

AS: menu hari ni, nasi hujan panas. yumm2! selamat maju jaya semua! jgn ponteng puasa tau, nanti Allah murka..


Saturday, July 23, 2011

I am going back HOME! :)

Assalamualaikum semua :)

Seperti yang tertera di atas, aku bakal balik. hee~ now at KLIA, sampai lebih awal daripada yang dijangkakan.. memg awal kau tahu! sekarang jam menunjukkan 1.47 petang, tapi aku bakal departure at 3.20pm. tengah menunggu lah ni utk masuk. Dan aku xkisah langsung asalkan aku dapat BALIK! heee~ YaAllah, Kau permudahkanlah perjalananku. ameen... dah bosan2 tuh, nilah kejenya! :P


alien yang terlalu excited!~

test test! tembak kepala sndiri.

alamak! malu2 deh :P alien bertngn empat..

saiz dan kaler tangan tak sama! kantoi je! ahhaha.. xleh nak tangkap gmbr byk2, orang dah tengok pelik je ni. :P berbalik pada cerita, aku sgt berterima kasih pada kawan aku, Qurratu Ain Roslan. panggil ain je sebab bagi aku tumpang rumah dia selama dua hari ni. thanks to her parent also :) sgt baik tau! jaga mkn minum aku. siap bekalkan kurma sekotak lagi tuh. tapi aku xdapat nak bagi apa2. huhu. tunggu aku kumpul bnyk duit dulu, insyaallah aku balas balik. hehehe 

P/s: hingga kini aku sedar, ramai yang banyak membantu aku. aku terlalu banyak berhutang budi dengan semua org. Moga Allah membalas segala kebaikan mereka. :) 

AS: Salam Ramadhan buat semua. Ramadhan semakin menghampiri, marilah kita mempersiapkan diri ~

Tuesday, July 19, 2011

Hackers..!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat mlm :)

I dun know why lah orang nih rajin sangat nak hacker2 orang nih. hadoi! -_-" xde koje lain agaknya! gaya aku, macam terkena je kan. HAHA padahal takpon, orang lain yang terkena. Kat FB tu, orang dok sibuk post benda nih, bagus depa ni :)

 VIRUS BARU KAT FACEBOOK !
1. virus tersebut tersebar melaluiIM dimana dia bermula denganchat......"hi. how are you?"
2. kemudian korang reply pd chattersebut , dia akan hantar "Wanna laugh? :)"
3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan "It is you on the video ? want to see?)"
4. then lepas tu , dia akan hantar satu LINK & link tu laa VIRUS . so HATI-HATI , jgn layan im yg cm2

memang lah, makin menjadi-jadi. yelah, dunia kan makin hebat. teknologi pon makin 
canggih. manusia pon makin cerdik bab-bab komputer nih. Kalau fb mesti HACKERS tu akan sapa kita 'hi how are you'. aku pernah dapat an agak weirdo lah kat situ, nape kawan aku tetiba nih? nampak sangat tak pernah tanya khabar aku kan? HAHA takdelah, memain je :)
Kalu ym pulak, tak silap aku HACKERS tu akan sapa 'are you there, its important'. huhu menda lah..... 


bukti sangkaan aku :P

M_______M : Are you there? Its important.
Me : Hack ke ape? Hadoi!
M_______M : I have a science project due tomorrow for summer school :(
Me : so?
M_______M : will you pleaseee take this iq quiz, I need 10 friends to take it and tell me their results for this project.http://iqtest1598.com/?id=3283dff3e8c2480e
Me : dun wanna help u!
M_______M : I will owe you big time -- Ill even take you out to dinner or something.
Me : i know u are the hackers. huh!
M_______M : im not hacked!
Me : liar!
M_______M : please and thank you!!!
Me : .........
M_______M : BRB someone just rang my doorbell
Me : huhu. prove to me!

M_____M signed out.

Berikut adalah perbualan singkat aku dengan beliau. HAHA ok lah. itu je nak gtau.

AS: Mood taktau nak buat apa. walhal nya banyak bnda nak buat.. hoho