Tuesday, May 10, 2016

Coretan Pendek

Assalamualaikum

Ya Alllahhhhh lamanya tak menulis. Rindu. Ya..sangat cepat masa berlalu pergi, seolah-olah ia akan terus meninggalkan kita tanpa jejak malah tidak akan berpaling untuk menunggu kita. Hampir setahun lebih blog ni tiada pembuka ceritanya dan sepanjang itulah banyak perkara yang berlaku dalam hidupku.

Pertama sekali, aku ingin memanjatkan sepenuh kesyukuranku kepada Allah kerana mengizinkan aku untuk terus berada dalam tarbiahNya walau dalam keadaan masih merangkak-rangkak memberi ruang pada diri untuk terus bergerak. 

Kini aku berada di UMS. Dah hampir setahun aku menyambung perjalanan hidupku sebagai peneroka ilmu dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA). Alhamdulillah3x. Banyak perkara yang dilalui sepanjang aku ingin menyambung pengajian sehinggalah sekarang. Untuk ku coret satu persatu, memang perlu masa yang agak panjang...

Tapi ada satu perkara PENTING yang boleh aku simpulkan,

Jika kau sudah mengenali jalan TARBIAH
jangan sesekali terfikir untuk berpatah kembali
Kerna KAU yang akan rugi

Kerna jujur AKU katakan
Hati KAU tidak akan tenang 
Kerna KAU sudah melanggar janji
Untuk berkhidmat padaNya
Rujuk Al-Baqarah ayat 30
Rujuk surah Adz-Zariyaat ayat 56

Sedangkan ALLAH mampu untuk menggantikan orang yang jauh lebih baik daripada KAU
Malah KAU sendiri memilih untuk tidak menjadi antara golongan IBRAR dan IBADULLAH 
Rujuk surah Al-Insaan ayat 6-7

Aku pinta terus doakan AKU
Untuk terus berjuang di jalan ini

Wallahua'alam


Friday, November 7, 2014

Majlis Graduasi 2014 - Hari Bersejarah


Assalamualaikum

Tanggal 11 Oktober 2014 yang lepas merupakan tarikh keramat separuh perjalananku dalam menuntut ilmu di atas muka bumi ini. Perjalanan menuntut ilmu itu takkan pernah berhenti sehingga akhir hayat kita. Dan alhamdulillah Allah mengizinkan aku untuk menamatkan Bachelor Degree di dalam Chemical Engineering (Biotechnology). Mungkin bagi sesiapa yang belum jelas apa itu role as Chemical Engineer, boleh buka link ini. Maka perjuanganku selepas ini sudah tentu lebih mencabar kerna aku sendiri tak pasti samaada aku berjaya atau tidak meng'apply'kan apa yang aku belajar selama ini atau sijil itu hanya menjadi syarat untukku diterima bekerja sedang ia bukan related dengan apa yang aku belajar. Masih menjadi rahsia Illahi beb.


Alhamdulillah juga, rasa bersyukur kerna diberi kesempatan untuk merai kejayaan ini bersama kedua ibubapaku serta adik keduaku dan juga nenek yang telah banyak berjasa padaku. Percayalah, kejayaan ini adalah dengan sokongan mereka. Tanpa mereka, mana mungkin aku dapat berdiri di tempatku sekarang. Terima kasih ummi, abah, dan nenek :')



Grandma, me and parent.


Itulah adik aku yang semakin mem'besar'  >.<

Kalau perasan, kami semua pakai baju sama kaler. Ummi la ni yang beria-ia nak tema kaler yang sama iaitu turquoise. Nak sedondon dengan jubah grad katanya, hehe. Sampai ada kawan tu tanya, "Haiii nis, ko jadi model ump ke harini?". Aku pun senyum jela. Dalam hati, "Kalau jadi model pun apa salahnya". Hahaha. Ok lawak jak.

Sebenarnya, hari itu aku agak beremosi sikit. Semuanya adalah muka aku yang baru lepas menangis kerana pelbagai emosi yang bercampur menjadi satu lantas air mata berlinangan tanpa dipinta. Seriously, macam-macam perasaan hadir ketika itu. Kadang-kadang rasa macam nak putar balik masa dan cuba perbetulkan mana-mana kesilapan yang boleh mengguris hati orang. Namun apakan daya ianya realiti. Dan aku kena terima hakikat bahawa aku ni beremosi orangnya. Maafkan aku. 


The most precious moment


Dengan mama wina, my PSM supervisor :)
Satu-satunya pemakai berjubah merah pada hari itu.


Kelakar pulak bila mama wina ni cerita yang dia jadikan jubah dan topi itu sebagai inspirasi untuk dia menghabiskan pengajiannya dalam master dan juga pHD. Merasa juga aku pakai topi c mama wina tu hehe. Tapi nak katanya, hari yang begitu sibuk sampai nak jumpa kawan-kawan pun susah. Inilah agaknya satu-satunya gambar yang ada.




Sebab itulah, we are decided untuk adakan pre-graduation photoshoot dan secara tak sengaja ada pula post-graduation photoshoot. Pre-graduation photoshoot ni adalah sehari sebelum hari graduasi. Hari kami mengambil jubah dan melunaskan segala bayaran termasuk bayaran yang tertunggak. Manakala post-graduation photoshoot pula sehari selepas hari graduasi iaitu hari kami memulangkan jubah.

PRE-GRAD PHOTOSHOOT


My BFTJ, but w/out teha (ada urusan lain)


With my PD supervisor, Dr. Hanimah. 
Kebetulan pula terserempak alang-alang 'pinjam' sekejap untuk photoshoot haha


Humbly me :)


Aduinaa, bersiap sedia untuk adegan seterusnya
Bersama akhwat Kuantan yang tersayang <3 br="" nbsp="">


Adegan baling topi. Suka betul ye graduan-graduan buat gaya mcmni


Haha. Ini namanya syok sendiri.


POST-GRAD PHOTOSHOOT



With classmate members
Yang ni je sempat kumpul. Yang lain sudah balik barangkali


Happily ours :)


Lastly,
HAPPY GRADUATION DAY FRIENDS!
CONRATULATIONS!!!

ALL THE BEST for your upcoming future.
Allah yuftah alaikum 
(Moga Allah membuka jalan untuk kamu semua)

 So..This is my story ^___^

Monday, September 8, 2014

Life is all about choices

Assalamualaikum


Mula-mula tengok dulu update kengkawan kat tab sebelah kanan bahagian bawah blog ini, ok aku dah nampak. Hurmm actually bukan aku sorang yang biar laman sesawangnya bersawang sekian lama. So ada geng bukan blogger tegar. Hihi. 

Oleh itu, mood aku berblog datang semula harini memandangkan dah lama aku simpan tapi asyik bertangguh je. Huhu. Untuk pengetahuan, sekarang ni aku lebih rajin scroll atas bawah laman web jobstreet.com.my (link), mystarjob.com (link), godzilink.com (link), dan check email (dalam erti kata: mencari peluang pekerjaan). Dah jadi hobi rasanya. Tapi itulah, orang kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, kan? 

Truthfully, dalam mencari pekerjaan ini, banyak benda yang aku fikir. Dan aku sedar, dalam menentukan kehidupan ini banyak perkara yang perlu kita consider untuk buat sesuatu keputusan. Aku rasainya sekarang. Kekadang aku jadi pikir, macam manalah future aku nanti kalau aku silap dalam buat perhitungan? Namun aku percaya jika segalanya kita sandarkan pada Sang Pencipta mana mungkin kita boleh meragui segala ketentuan takdirNya yang telah Dia tentukan, bukan? Maka, Rasulullah sendiri telah mengajar kita bila membuat sesuatu keputusan minta pendapatNya serta petunjukNya dan agar diberi ketetapan hati setelah membuat keputusan. Ya, solat istikharah dan solat hajat.

Meh aku cerita. Jika sebelum ini aku punyai dilema untuk menentukan tempat bermastautinnya aku selepas grad ini, jadi sekarang aku dah buat keputusan setelah ditimbang tara baik buruknya. Diantara kawasan Pahang (Kuantan), Selangor/KL dan Sabah (Sandakan) ---> pilihan 3 menjadi keutamaan aku. Tapi kenapa?

Ehemm...

1) Keluarga

Ummi macam nak sangat aku terus duduk di sini (baca: Sandakan) dan cari kerja di sini. Walaupun bila berkali-kali aku tanya, "Umi nak anis cari kerja kat mana?"
Ummi, "Carilah di sini dulu tapi andai kata xda tu, bolehlah try cari kerja kat sana (baca: Semenanjung Malaysia) pula". Sambungnya lagi, "Umi ada tanyakan anak murid ummi, kawan ummi, kawan abah pasal kerja kosong. Ataupun nanti kita bolehlah try tanya Bank Rakyat mana tahu kakak boleh dapat sebab kakak kan ada kelebihan as peminjam YBR".
Aku nampak maksud yang amat halus tersirat di situ. Bersungguh-sungguh ummi nak aku kerja kat sini padahal pada mulanya aku lebih excited nak kerja area Selangor/KL. Dan bila aku fikir-fikir, bila lagi kalau aku yang masih bujang ni nak berbakti pada keluarga if bukan sekarang. Sebab dah lamaaaa sangat aku duduk berjauhan dengan mereka. Since Form 1. Yelah masa itu berjiwa remaja awal sangat nak duduk berjauhan. Uhukkss *batuk*

Di samping itu, juga dapat merapatkan kembali jurang yang hadir antara aku dan adik beradikku. Memandangkan aku anak yang sulung, maka aku cuba untuk memberikan contoh yang terbaik buat mereka. 

2) Kos

Dan bila aku minta pendapat mak cik aku, dia pun kata: "Ok jugaklah tu, kurang sikit kos nak cari rumah sewa, bayar parking lot and etc." Sampai ke situ haa berfikiran jauhnya mak cik aku sorang ni haa. Kehkeh. Bagus juga, bagi buka sikit minda aku ni. Uhukkss *batuk lagi*

Dan kenapa nak juga cari kerja? Tak sambung MASTER?

Aku ada juga niat nak sambung master, tapi disebabkan betapa hebatnya kekeliruan identiti yang ada dalam diri aku ni, semua aku nak. Tamak gilaaa! Sebab itu aku kata bukan mudah nak buat keputusan ni lagi-lagi bila melibatkan step kita untuk terus berjalan merancang masa depan. Aku pernah berangan nak ambil MBA (Master in Business Administration) disebabkan aku ni memang dari dulu lagi minat berniaga. Tapi aku sayang sangat bidang aku dalam Engineering and Biotechnology ni walaupun sebenarnya tak berapa minat Engineering. Ko boleh nampak kan betapa tamaknya aku. Heii~

Actually, dalam satu temuduga sebelum ini yang melayakkan aku untuk terpilih ke program BeST'14 (Biotechnology Executive Special Training) aku pernah ditanya tentang bidang kerjaya yang aku pilih. And dalam borang itu, hampir semua aku tick (tamak lagi). Kemudian, Penemuduga, Miss Arni terus tanya aku, "Saya tengok hampir kesemuanya awak tick, mana satu pilihan awak ni?"
And guess what, aku dengan yakinnya berkata masa itu, "Saya minat Business"
Haa, kan sonang tu? Kenapa nak main teka teki dengan diri sendiri. Heii~
Jadi nak katanya, Miss Arni terus bagi cadangan demi cadangan buat minda aku ni terbuka sikit. Dia kata, "Apa kata awak join company yang baru membangun dari bidang Biotechnology yang Biotechcorp bantu (dia ada sebut nama company masa tu, tapi lupa dah) ataupun sambung MBA in Biotechnology". 
Aku pun dalam hati, "Haah kan, kenapa aku tak pernah pikiaq tentang hal ni?"
Memang lepas tu aku berkobar-kobar search pasal bidang ini. Hasilnya, kat Malaysia macam xda, then cepat je jari aku ni menaip cari kat Australia. Guess what? Aku nampak ada dekat University of Flinders, Adelaide. ADELAIDE kotttt! Macam ada jodoh jee. Hihi. However, cerita kemudiannya tamat di situ je. Sedih jap.

Dan sekarang bila aku tanya ummi, then ummi lebih mengalakkan aku untuk ambil Master in Pschyology. Reason, sebab setiap company dan institusi pasti perlukan kaunselor atau consultant so peluang menjadi lebih cerah untuk mendapat pekerjaan yang lebih terjamin. Aku masih berfikir-fikir hingga saat ini. 

Tapi antara celoteh aku yang berjela-jela ni kan, akhirnya aku memilih untuk mencari kerja terlebih dahulu. Kenapa?

Alasannya, aku memang dah plan nak amik master dalam range umur 26-27 tahun selepas consider beberapa perkara. Walaupun aku sudah mendengar beberapa pendapat, diantaranya:

"Lebih baik ambil sekarang, otak tengah fresh lagi. Masih ada mood nak study. Nanti pegang duit dah malas nak sambung study"

"Kalau dah ada master, lebih besar peluang nak bersaing dengan pesaing-pesaing di luar sana bila nak cari kerja nanti"

"Ataupun terus je sambung phD dan jadi lecturer"

Tapi semua ini hanya perancangan seorang hamba yang kerdil. Ingat, kita merancang Allah yang menentukan. Aku tak menolak andai sekiranya jodoh aku dengan master tu kuat :)

SANDAKAN

Sebelum ni mungkin aku lebih utamakan gaji dan position, but now aku utamakan daerah ini untuk memohon mana-mana kerja. Bukan tak nak mohon area lain selain Sandakan tapi aku tak biasa area Sabah ni melainkan if travelling is required then is okay for me. Tak dinafikan memang aku rasa terasa limit dengan pilihan aku. But no matter what, I must accept the risk for the decision I took, right?  Tapi aku sentiasa meyakinkan diri aku, 'takpa takpa nis rezeki Allah bagi. Mohon doa dan usaha.' 

Ada juga try mohon beberapa company dekat Sandakan ni, tapi nampaknya tak berjaya lagi. Juga, FB page yang boleh menjadi satu medium diantaranya: Job@Sandakan, Pejabat Tenaga Kerja Sandakan.

BUSINESS?

Kata minat kan? Haruslah ada langkah. Bak kata Dr Azizan Osman (DAO), "Kuasa TINDAKAN" itu lebih penting dari yang lain. Masa raya haritu adik-adik aku la jadi mangsa untuk jual handmade brooch kat kengkawan depa dan alhamdulillah ada lah juga pulangan. Dapatlah juga aku bagi adik-adik aku ni duit raya buat pertama kalinya walaupun masih bergelar penganggur. Hihi. 

Now ni sementara masih free dan sentiasa berada di rumah, ada la juga buat beberapa eksperimen (baca: memasak) tapi nampaknya perlukan eksperimen lebih lagi sebelum dipasarkan. Eceh! Ahakss sangat. Beberapa plan dalam kepala otak ni juga bakal diterjemahkan dalam bentuk penulisan (baca: Business plan). Tapi ada satu kekurangan...

Teringat statement seorang kawan dalam group Whatsapp semalam,

"If u want to walk fast, 
Walk alone.
But
If u want to walk far,
Walk together."

I need at least a teacher to teach me about business exclude Mr. google and books. Selok-belok perniagaan. 
InshaaAllah soon.

So.........

Last but not least, buatlah pilihan yang terbaik. Sentiasa minta petunjuk dariNya dan minta diberi ketetapan hati. Ingatlah, tidak semestinya semua perancangan ini akan going smoothly and excellent but kerna kita diberi pilihan dalam hidup maka penting merancang sesuatu dalam kehidupan. Cuba untuk tetapkan matlamat dalam hidup in between 5 or 10 years from now on for example, untuk mengelakkan kekeliruan identiti seperti di atas. Kehkeh. Tulis atas sebuah kertas dan bila rasa dah nak tersasar, then read it again, again and again. Put it back on the track, okay? 

Let's do it together! *run* :)

Monday, June 2, 2014

Short update

Assalamualaikum

Now 10.36pm. Ok2 I will take only for 30 minutes for updating this blog. Kerna, even sekarang ni on study week pun but I have 3 project's report waiting to be submit. Allah, may ease us. Mungkin sedikit coretan untuk post kali ini yg mungkin agak membosankan tapi btw, just only me read this so who's care? (evil grin)

Last week, we're settled with our Plant Design (called it: PD), yeah! Our last group project that combining all that we've learned for these 4 years. Alhamdulillah the presentation was going okay with less bad comments. Thank you so much our beloved panels for teach us, advice us, correct us, evaluate us and give us so much memorable moments along with our PD. What I can say, PD was such a tired task which makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. HAHA.

Genggam tanganku kita sama-sama berjaya. Yeah! With our beloved panels.
(From left: Dr Mior, Dr Aragatnam - Industrial panel, Dr Wan)
(In the middle (speaky one): Our beloved supervisor - Dr Hanimah)
Kesian kena kepit tengah-tengah. HAHA. Kena simbah dengan sinaran projector pulak tu. Adoi.

I just can say life goes well now, Alhamdulillah just waiting for less a month for me to finish up my degree. Mudah-mudahan Allah izinkann. Maka, lepas ini akan ke fasa yang seterusnya. Masih lagi belum dapat bayang-bayang mana arah tuju. Sama ada sambung master, terus cari kerja atau berehat duduk with parent di Sabah atau juga, duduk bersama nenek di kampung. Hari-hari doa dan solat istikharah moga Allah bagi petunjuk atas setiap keputusan kerna, Allah Maha Mengetahui yang terbaik. Allah is The Best Planner. Kahwin? Hurmmm tak lagi kot. Masih belum ada dalam senarai buat masa ni. Hehee. 

Since my student life is going to finish later, I am trying to appreciate every moment. Cherish all the moments I got from this yuhempi (UMP). Di medan inilah, aku belajar pelbagai perkara. Aku lalui pelbagai pengalaman. Aku mencabar diri dengan sesuatu yang belum pernah aku perbuat di zaman sekolah menengah dulu. Aku mengenal erti persahabatan. Aku mengenal erti tarbiah yang sebenar. Ianya semua seolah-olah berada di zaman persediaan sebelum bertarung ke medan yang sebenar pada masa akan datang. Yep, everyday is a learning for us. If we did realized it for better. 

SO let's fighting till the end. I got THREE paper for this last semester. Please, pray for me. Pray for us. Semoga kita sama-sama berjaya in dunya wa akhirah. Ok, babai. Da 11.08 pm. Lewat 8 min. I will update my Indonesia trip with my CHEST family later la. Bila ada masa terluang sikit ;)


Salam Syaaban. 
#27DaysLeftFor Ramadhan

Sunday, April 27, 2014

Hubungan Allah, hubungan manusia

Assalamualaikum.

Bila aku baca kembali coretan-coretan kisah hidup yang sempat aku coretkan di laman blog ni, buat aku revise kembali moment-moment yang pernah aku alami. Kadang ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang buat aku selak kembali diri aku kerna ia banyak lebih kepada peringatan kepada diri sendiri.

Manusia. Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan. Takkan pernah sempurna. Kerna yang Maha Sempurna itu adalah Pencipta kita. Menciptakan kita dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuma, bagaiaman kita saling lengkap melengkap antara satu sama lain?

Kadang-kadang, memang payah untuk puaskan hati semua pihak, namun atas usaha kita untuk memperbaiki kesilapan dan perhubungan agar ia menjadi seperti sedia kala, perlu didebitkan ke atas hubungan. What I means here, jadi bonus agar perhubungan tu tambah mantap. Tapi kalau ia jadi sebaliknya? 

Aku seringkali ingat statement ni, "Bila hubungan semakin keruh dan hambar, selak kembali hubungan dengan Allah". HabluminAllah wa habluminannas. Jaga hubungan dengan Allah jaga hubungan dengan manusia. Bila kita jaga hubungan dengan Allah, inshaaAllah secara automatiknya hubungan kita dengan manusia takkan pernah ada masalah. Sebab hati manusia Allah yang pegang kannn?

Jadi tatkala menyelak hubungan kita dengan Allah, cuba lihat kembali mutabaah. 

'Dah berapa lama aku xmengaji?'
'Aku solat awal waktu ke tak?'
'Banyak tak aku berzikir?'
'Dah berapa lama aku tak pergi ke majlis ilmu?'
'Aku ingat Allah tak setiap masa?'

and so onnn...

Sebab apa tau? Bila kita tak koreksi diri, tak buat mutabaah, tak ada peningkatan dari segi amalan, kita akan lihat penurunan kat situ. Bila dah turun, sudah tentu iman menjadi lemah. Iman lemah, mudah untuk syaitan menembusi hati lantaran itu wujudlah segala penyakit-penyakit hati yang sebenarnya tak sepatutnya berlaku.

Seperti cemburu, buruk sangka, iri hati dan sebagainya terhadap orang lain. Tidakkah itu memberi impak buruk pada diri? Kerna kita hantar signal negatif pada dia, maka signal negatif jugalah yang akan kita dapat. Like always said, 'What you give you will get back'. Right?

Konklusinya, sentiasa lihat diri sendiri. Tengok cermin lihat diri sendiri. Lihat pada hati. Apa yang tak kena pada diri aku? Cuba perbaiki. It's not all about how faster you make changes but what effort did you make? What step did you take? Did you all out to make something as you want? 

Rasulullah pernah bersabda, "Di dalam tubuh badan manusia, ada seketul daging. Jika buruk seketul daging tersebut, maka buruklah ia, jika baik seketul daging tersbut, maka baiklah ia. Dan seketul daging itu adalah hati." Hatilah yang merajai seluruh tubuh badan. Maka peringatan berbentuk sajak ku nukilkan di sini agar sering dapat memberi peringatan pada diri. Allahumma ameen.

'Hati'

Hati.

Hati-hati. 

Ada rahsia tersembunyi.

Tak ketahuan oleh diri sendiri.

Tatkala ia berbunyi

Sila kenal erti

Kerna, pabila yang buruk itu pasti

Lantaran secepatnya istighfar dilazimi

Moga segala dosa kita diampuni


ALLAH. Seriously I miss all those moments that we have together. 

Sahabiah

I LOVE YOU Lillah
Maafkan atas keterlanjuran kata & kejujuran perlakuan.

58 days left for last semester. And 63 days left for meeting the karamah month, RAMADHAN.